Travel

Wednesday, November 10, 2010

Ziarah-menziarahi amalan mulia...

“Ape plan ko hujung minggu raya qurban nih?”

“Kita start area mane tahun nih?”

“Rumah cikgu mane yang kita nak pergi nanti?”

“Dah telefon ke tuan rumah yang kita nak pegi nanti?”

Itu la soalan-soalan yang selalu kedengaran bila tiba syawal mahupun raya qurban semasa aku begelar seorang pelajar di MML dulu..Memang sudah menjadi soalan wajib keluar setiap kali perayaan bakal menjelma..itulah program utama kami..Amalan ZIARAH sentiasa akan dilakukan tiap kali perayaan Aidil-Adha mahupun Aidil-Adha menjelma..Biasanya setiap hujung minggu kami memulakan aktiviti ini..Dengan hanya menggunakan kenderaan beroda dua dan berenjin 1 kami meredah panas terik semata-mata untuk pergi beraya di umah cikgu-cikgu dan rakan-rakan.

Setiap hujung minggu dibahagi kepada kawasan-kawasan tertentu..Dalam lingkungan perjalanan 30 minit dan radius lebih kurang 20 kilometer kami akan tempuhi..Walaupun semua menaiki motosikal dan lebih tragis ada yang sudah buruk, semangat utk sampai ke rumah cikgu-cikgu dan rakan-rakan ibarat disuntik oleh dopamin dan adrenalin..Sungguh bersemangat…

Aktiviti ziarah biasanya bermula seawal 10 pagi, dimulakan dengan berkumpul di kawasan-kawasan yang berkaitan (macam kutu tepi jalan pun ada sekali imbas)..lepas cukup bilangan peserta, gerombolan kami bergerak ibarat semut ke destinasi yang ditujui..macam-macam gelagat ada..Yang tidak berhelmet akan berserban..Aktiviti ini biasanya berakhir sekitar jam 5 petang…

Paling utama ziarah ini kami buat adalah utk pergi ke rumah cikgu-cikgu…Seperti maklum bila tiba musim perayaan, di mana anak-anak murid yang nakal hendak minta maaf…Paling penting makanan yang dihidangkan enak-enak belaka..

Itu cume cerita dulu..sekarang masing-masing ada urusan masing-masing.. Insya allah aidilfitri 2011 menjelma kelak, reunion batch akan diadakan secara besar-besaran..Semua ahli-ahli ex-mml spm 2001 akan berkumpul untuk berjumpa setelah 10 tahun berpisah…Macam-macam akan berlaku, yang sudah berkeluarga akan membawa pemaisuri hati masing-masing dan cahaya mata yg comel-comel..Yang bujang akan datang dengan penuh kelapangan..tapi yg penting, ukhwah yang terbina selama 6 tahun di MML akan terjalin selamaya..

ukwwah fillah abadan abada….

Monday, October 11, 2010

Adakah aku seorang Sahabat Sejati?...

Assalamualaikum....

Entri kali ini agak berbeza dengan entri-entri sebelum ini. Kali ini saya terpanggil untuk berkongsi cerita mengenai erti kata "sahabat". Sahabat atau kawan dan sering kali dipanggil rakan adalah seorang teman yang kita kenali yang mana dia tidak ada pertalian darah dengan kita. Ada pepatah mengatakan " BerKAWAN biar seribu", " KAWAN ibarat cermin pada diri anda". Sesungguhnya pepatah-pepatah melayu memnag banyak mengenai rakan.

Namun begitu, adakah kita sedar, yang manakah atau adakah kita layak menggelarkan diri kita sebagai seorang rakan kepada sahabat kita?...Adakah kita menjalankan tugasan dan tanggungjawab kita sebagai seorang rakan kepada sahabat kita?... 

Sesungguhnya tidak beriman sesorang itu sehingga dia mengasihi sahabatnya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri. Dalam sirah jelas terpampang banyak contoh seorang sahabat sejati yang patut kita contohi. Kisah bagaimana Saidina Abu Bakr R.A menemani Rasulullah S.A.W amat menyentuh jiwa dan hati kita. Pengorbanan seorang sahabat ketika menemani Rasulullah S.A.W berhijrah dari kota Makkah ke Kota bercahaya yakni Madinah Al-Munawwarah harus kita contohi dan terapkan dalam jiwa sanubari kita sebagai seorang muslim.

Memang sukar untuk mencari seorang sahabat sejati, tetapi amat mudah untuk kita tahu adakah sahabat-sahabat kita yang berada di sekeliling kita kini adalah sahabat sejati. Namun begitu, perkara paling penting adalah menilai diri kita ini adakah kita layak digelar seorang sahabat sejati kepada rakan-rakan kita.

Orang selalu berkata " Kawan ketawa memang senang dicari, tetapi kawan menangis memang susah untuk ditemui". Adakah kita hanya berdamping dengan kawan kita ketika dia berada dalam senang dan gembira? Dan buat-buat tidak peduli ketika dia meminta pertolongan dari kita ataupun ketika dia berada dalam kesempitan?..Dan adalah sesuatu yang amat keji lagi jijik jika kita bersahabat dengan dia semata-mata kerana kita inginkan sesuatu dari dia?...Keikhlasan dalam persahabatan dapat kita lihat terutama jika kita berada dalam kesusahan ataupun ditimpa musibah. Jika kita tidak mampu menolong sahabat kita, apakah yang kita buat?...Bagi saya selagi kita mampu, kita hulurkan bantuan kepada sahabat kita, dan jika tidak mampu sekalipun, kita dengarlah masalah tersebut dan berikan semangat dan sokongan moral kepada sahabat kita. Insya Allah serba sedikit ia mampu meringankan beban sahabat kita yang ditimpa musibah itu. 

Selain itu, adakah kita menjadi seorang sahabat yang memberikan kebaikan kepada sahabat kita?..Atau kita yang menjadi punca ataupun agen syaitan laknattuAllah dengan mengajak sahabat-sahabat kita ke jalan kemungkaran?...

Marilah kita sama-sama menjadi seorang manusia yang mana layak dipanggil sebagai sabahat sejati oleh rakan-rakan kita. Marilah kita bersama-sama berusaha untuk mendapatkan rahmat dari Allah. Semoga persahabatan yang kita jalinkan mendapat barakah dari Allah....Ukhwah fillah abadan abada....

Assalamualaikum dan renung-renungkanlah wahai sahabat....







Saturday, September 4, 2010

EXPAT 2010...Bahagian 7(episod terakhir)...

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan kepada semua rakan-rakan dan sahabat taulan. Maaf lewat mengemaskini blog saya. Kali ini saya sambung perjalanan kami di Pantai Kenjeran. Pantai Kenjeran adalah salah satu tempat tumpuan penduduk bandaraya Surabaya mengabiskan waktu santai mereka menikmati pemandangan keindahan cahaya mentari di awal pagi. Pantai Kenjeran terletak kira-kira 9 km dari Bandaraya Surabaya. Keunikan Pantai Kenjeran menjadi tarikan kepada para pengunjung untuk meluangkan masa meraka bersama keluarga di sana. Walaupun Pantai Kenjeran tidak bisa@ boleh dijadikan tempat untuk mandi kerana kawasan pesisiran pantai yang berlumpur dan berbatu, ia tetap menjadi kawasan tarikan di Surabaya.







Gambar di sebelah menunjukkan seorang budak lelaki bermain pasir di gigi air semasa mentari bakal menyinar di pagi hari di Pantai Kenjeran, Surabaya.











Di sebelah kanan menunjukkan sebuah bot yang berlabuh di Pantai Kenjeran.















Setelah selesai mengambil beberapa foto di Pantai Kenjeran, kami memulakan perjalanan pulang ke hotel unutk bersiap sedia kembali ke lapangan terbang Surabaya untuk perjalanan balik kami ke Malaysia. Sesungguhnya memori indah sepanjang perjalanan ini amat sukar untuk dilupakan. Alhamdulillah perjalanan kami selamat dan penuh bermakna. Terima kasih kepada amir shab perjalanan kali ini iaitu Dr Jamal atas segala perancangan yang telah beliau lakukan.

P/S : Insya Allah lepas ini akan saya tulis entri mengenai cara saya mengedit gambar HDR... Insya Allah...

Wassalamualaikum dan Salam Ramadhan Kareem...

Thursday, June 24, 2010

EXPAT 2010...Bahagian 6...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah saya mempunyai masa untuk mengemaskini perjalanan atau pengembaraan kami di tanah jawa. Selapas menikmati pemandangan yang indah di kawah ijen, keesokkan harinya kami menuju pulang ke Surabaya. Dalam perjalanan pulang, kami singgah ke salah satu pantai yang popular di sana yang dikenali sebagai Pantai Papuma. Kami tiba di sana sekitar tengahari dan kami menikmati mee di warung di pantai tersebut. Sunguh enak sambil dibuai oleh angin pantai yang sepoi-sepoi bahasa.

Pantai Papuma memang terkenal dengan keindahan alamnya beserta aktiviti-aktiviti nelayan penduduk di sana. Pemandangan yang indah di pantai yang berpasir di samping batu-batuan yang membentuk di tengah laut menaikkan keindahan alam ciptaaan Allah S.W.T.

Gambar boleh dilihat di SINI. Gambar di link menunjukkan batu-batuan yang menarik di sepanjang pantai tersebut. Harap maaf sebab saya tidak boleh nak terbitkan gambar di entri ini kerana flickr saya tidak dapat nak grab untuk dimasukkan dalam blog ini. Insya allah saya akan cuba.

Papuma memang menarik untuk dilawati kerana selain pemandangan yang indah, kegiatan perikanan juga amat menarik di sini. Terdapat pelbagai bentuk perahu dan bot yang amat menarik dapat di lihat ketika melawat ke sana. Contoh gambar boleh dilihat di SINI, SINI dan SINI.

Selepas itu kami meneruskan perjalanan kami ke kota Surabaya. Pada keesokan paginya kami ke Pantai Kenjeran di Surabaya. Insya Allah pada entri akan datang saya akan sambung kisah pengembaraan kami di sekitar kota Surabaya...

Jumpa lagi dan Assalamualaikum...

P/S : Gambar-gambar yang saya ambil sendiri boleh dilihat dengan klik di SINI.

Wednesday, June 9, 2010

EXPAT 2010..Bahagian 5..

Assalamualaikum dan salam 1 Palestin...

Memandangkan hari ini tidak sibuk, saya ingin teruskan riwayat pengembaraan kami di Pulau Jawa,Indonesia. Kami bergerak dari Air Terjun Mardakaripura ke Kawah Ijen dengan penuh semangat kerana di sana adalah tujuan kami ke tanah Jawa ini. Perjalanan agak jauh dan keadaan malam yang gelap tidak mengizinkan saya untuk melihat sekeliling di luar bas yang kami naiki. Setahu saya perjalanan kali ini agak mencabar kerana bas kami bergoyang-goyang menunjukkan kami sedang melalui jalan yang tidak berturap. Setibanya kami di pintu masuk ke kawasan perkampungan di kaki kawah ijen, bas kami berhenti untuk pemandu kami berehat. Di saat itu ada satu situasi yang amat menggerunkan kami kerana mengikut percakapan penjaga di pintu masuk itu, selama dia berkhidmat di situ, tidak pernah ada bas sebesar ini masuk ke dalam. Ini membuatkan kami sedikit cuak dan risau, tetapi melihat pemandu kami yang tenang dan santai membuatkan kami agak lega sedikit. Kami tiba di kawasan perkampungan di dalam sebuah ladang kopi. Kami meetap di Catimor, Kebun Blawan, Desa Kelianyar dalam Kacamatan Sempol.

Keesokkan paginya kami memulakan perjalanan mendaki Kawah Ijen seawal jam 5 pagi. Kami menaiki sebuah van untuk sampai ke kaki gunung di mana terletaknya kawah Ijen. Perjalanan kami mengambil masa kira-kira 3 jam untuk sampai ke sebuah pejabat yang terletak di atas gunung. Pejabat yang saya maksudkan adalah di mana penambang-penambang sulfur menimbang bebanan yang mereka bawa untuk direkodkan untuk pembayaran upah mereka.

Gambar di sebelah menunjukkan 2 orang senior photografer yang turut serta dalam ekspedisi kali ini.
Disebelah kiri En Jasni dan di sebelah kanan En Aziz. Kamu boleh melihat gambar-gambar yang mereka ambil dengan klik saja pada nama mereka.




Perjalanan kami dari pejabat tersebut ke puncak ijen lebih kurang 1 jam pendakian lagi. Pemandangan di sana memang cantik sekali. Keindahan gunung-ganang yang menghijau di keliling memang memukau mata-mata yang melihatnya. Sungguh Indah alam ciptaan Allah S.W.T. Kami tiba Diatas puncak ijen dengan penuh kegembiraan. Di sini kami mengambil peluang mengambil beberapa keping gambar untuk menjadi koleksi dan bukti kami telah berjaya menawan puncak Ijen.



Suasana di Kawah Ijen. Asap berbau sulfur memang menyukarkan perjalanan kami dan kami terpaksa menutup hidung kami dengan topeng bagi mengelakkan sesak nafas akibat terhidu asap sulfur ini.





Gambar menunjukkan suasana tasik atau danau di Kawah Ijen. Gamabar ini di ambil di celah pepohon yang telah mati di atas Kawah Ijen.




Kawah Ijen memang terkenal dengan perlombongan sulfur. Di sini, sulfur yang panas keluar dari perut bumi disiram dengan air untuk mengeraskan cecair sulfur yang panas itu. Kemudian sulfur itu dipotong dan diangkut oleh penambang-penambang ke kaki bukit untuk diproses. Saya sungguh kagum melihat kekuatan yang dimiliki oleh para penambang tersebut. Sekali bebanan yang diangkat kira-kira minimum 60kg dan maksimum 110kg. seorang penambang boleh mengangkut sulfur kira-kira 2 kali perjalanan sehari.



Gambar disebelah menunjukkan alat yang digunakan oleh para penambang untuk mengangkat sulfur turun dari puncak Ijen. dianggarkan berat bebanan kira-kira 100kg. terdapat juga beg salah satu ahli ekspedisi kami diletakkan untuk perbandingan.


Alhamdullilah kami semua selamat sampai ke atas kawah Ijen dan merakamkan beberapa keping foto untuk koleksi dan kenangan. Anda boleh melihat gambar-gambar pemandangan Kawah Ijen yang saya rakam dengan klik di SINI.

Semoga berjumpa lagi di entri yang lain yang mana perjalanan kami diteruskan di sebuah pantai yang indah di Pulau Jawa.Insya Allah.

Assalamualaikum dan salam satu Palestin dari saya...


Monday, June 7, 2010

EXPAT 2010..Bahagian 4...

Assalamualaikum dan Salam Kembali...

Segala kemaafan dipinta sekiranya entri kali ini amat lambat sekali diterbitkan. Halangan kerja dan urusan peribadi memendekkan langkahku untuk menulis. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk mengemaskini perjalanan kami di Pulau Jawa sekitar bulan Mac yang lalu.

Keindahan alam di Bromo diteruskan pada hari kedua perjalanan ataupun ekspidisi foto kami di sana. Setelah selesai menunaikan solat subuh, kami bergerak ke bukit berhampiran dengan menyewa beberapa buah motosikal yang dimiliki oleh penduduk kampung berdekatan. Di sini perkhidmatan ini dipanggil "Ojek". Kami menaiki ojek ke bukit berdekatan untuk mengambil gambar matahari terbit. Alhamdulillah kami sempat merakamkan pemandangan indah Bromo-Semeru- Batur dikala mentari menyinar di pagi hari.

Gambar di sebelah ini menunjukkan cahaya mentari menyinari Cemoro Lawang. Untuk mendapatkan gambar seperti ini, perjalanan ke kaki bukit dengan menaiki ojek lebih kurang 10 minit dari tempat penginapan kami.






Gambar di sebelah pula adalah panorama Bromo-Semeru- Batur dari kaki bukit di Cemoro Lawang. Sungguh indah panorama pagi itu. Suasana yang nyaman lagi indah dijamu pula dengan pemandangan yang amat luarbiasa sukar dilupakan.



Dan gambar terakhir Bromo-Semeru- Batur ini pula diambil di kaki lima hotel penginapan kami di Cemoro Lawang.







Seterusnya kami meninggalkan Bromo untuk menuju ke salah satu keajaiban alam ciptaaan Allah S.W.T iaitu di air terjun Mardakaripura. Ketika kami sampai di sana, hujan turun renyai-renyai menyambut kami. segala peralatan kami telah terbungkus didalam baju hutan masing-masing. Di sini juga saya sekali lagi kagum dengan keindahan alam ciptaan-Nya. Sepanjang hidup tidak pernah saya melihat air terjun sebegini rupa, amat berbeda sekali dengan air terjun yang pernah saya lawati di Malaysia. Ia seperti kami berada di celah-celah antara dua bukit yang kanan dan kiri merupakan air terjun. Sungguh indah dan nyaman sekali. Perjalanan untuk ke hujung Air Terjun Mardakaripura mengambil masa kira-kira 30 minit. Di sini saya kongsikan beberapa keping gambar yang saya sempat ambil di sana.

Dalam foto ini kelihatan ait terjun mengalir dari atas bukit. Untuk pengetahuan semua, di belakang saya berdiri adalah dinding-dinding bukit seperti dalam foto. Kira jalan mati. Untuk masuk ke kawasan ini boleh melalui kawasan sebelah kiri foto.





Setelah selesai merakamkan beberapa keping gambar, kami bergerak ke Kawah Ijen. Insya Allah saya akan kongsikan pengalaman kami di Ijen.
Silalah lawati gambar-gambar pengembaraan kami di sana. Anda boleh melihat gambar-gambar yang saya sendiri ambil di SINI.

Jumpa lagi di entri akan datang, salam satu Palestin dari saya...
Assalamualaikum..

Saturday, April 17, 2010

EXPAT 2010..Bahagian 3....

Assalamualaikum dan selamat pagi...

Alhamdulillah saya diberi kesempatan untuk mencerikan perjalanan fotografi kami yang amat luarbiasa.Setelah lebih kurang 5-6 jam dalam perjalanan, kami sampai ke sebuah pekan di kaki bukit yang diberi nama Sukapura. Kami tiba ketika azan maghrib megah bergema dilaungkan di surau berhampiran. Di sini kami terpaksa menukar pengankutan kami dari bas mini kepada van kerana jalan ke destinasi seterusnya lebih curam dan sempit.Di Sukapura kami menikmati juadah makan malam di kedai makan yang terletak di stesen bas. Saya telah menikmati nasi pecel original di sini. Memang enak dan murah. Seterusnya perjalanan kami diteruskan dengan menaiki van ke sebuah hotel bernam Cemara Indah. Memang sejuk bila berada di kawasan ini. Menurut kata pemandu kami, Gunung Bromo boleh dilihat dari hotel penginapan kami. Memandangkan hari sudah gelap, kami tidak dapat melihat suasana indah Bromo malam itu. Ini gambar yang saya rakamkan pada pagi hari ke-3 perjalanan kami dari Cemara Indah.Banyak lagi gambar boleh dilihat  disini.


Keesokkan paginya, kami bergerak ke Taman Nasional Bromo-Semeru-Tengger dengan menaiki 3 buah pacuan 4 roda. Perjalanan kami ke sana memang menarik. Kami menuju ke Penanjakan untuk mengambil gambar matahari terbit. Kami tiba dipenanjakan sebelum masuk waktu subuh. Jadi, kami mengambil kesempatan untuk mengisi perut masing-masing di sebuah kedai makan di Penanjakan. Teh hangat memang sedap sekali dinikmati ketika berada di sini disebabkan suasan di Penanjakan amat sejuk. Setelah bersarapan kami menaiki anak-anak tangga untuk sampai ke tempat peninjau yang telah disediakan. Kami menunaikan solat subuh di sini. Setelah selesai, kami mengambil tempat masing-masing untuk mengambil gambar matahari terbit. Subhan Allah, memang cantik sekali matahari terbit pagi tu. Jaluran sinaran matahari jelas kelihatan di langit. Pelbagai warna dapat dilihat. Alhamdulillah cuaca elok dan kamu dapat mengambil suasana tersebut untuk tatapan kami sekembalinya ke tanah air.


Setelah cahaya matahari menyinari alam, kelihatan permandangan yang sungguh memukau.Kelihatan dengan jelas Gunug Bromo, Gunung Batok dan Gunung Semeru di bawah. Paling Indah apabila kelihatan ketiga-tiga gunung di kelilingi oleh lautan pasir.


 Subhan Allah, sungguh indah ciptaan-Nya. Banyak lagi dapat dilihat disini. Setakat ini dulu cerita saya dari Penanjakan di Bromo. Insya allah akan bersambung lagi...Jumpa kalian di Bahagian 4 pengembaraaan kami ke Pulau Jawa, Indonesia.

Thursday, April 15, 2010

EXPAT 2010..Bahagian 2..

Assalamualaikum kembali berbicara..

Sambungan dari perjalan fotografi kami di Jawa Timur (JATIM), Indonesia. Setelah selesai menikmati bebek penyet di Restoran Bu Nuraini, kami menunaikan tuntutan agama iaitu mendirikan solat berjemaah di sebuah masjid berdekatan. Nama masjid tersebut adalah Masjid Jame Sedati Gede. Masjid ini sungguh unik. Walaupun masih dalam pembinaan, ruang solat sudah boleh digunakan untuk beribadah. Memang begini tradisi masyarakat di sini. Uniknya seni reka dalam masjid ini memukau kami. Saya tertarik dengan mural di dalam kubah masjid ini.lukisan awan-awan serta berlatar belakangkan langit berwarna biru mencantikkan dan membuatkan kami kagum. Gambar kubah boleh dilihat disini. Sungguh indah, tetapi ini hanya lukisan semata-mata, jauh dari kehebatan kuasa Allah yang mencipta langit yang benar-benar indah.

Di masjid ini juga kami sempat merakamkan beberapa keping gambar. salah satu yang menarik perhatian saya ialah bagaimana 2 orang pekerja berehat sambil memungut derma dari orang ramai. Mereka duduk diatas bangku di tengah-tengah jalan raya. Memang menjadi cara mereka mengutip derma untuk membina masjid begini..sungguh unik. Sesungguhnya memang suasana begini tidak akan kami lihat di Malaysia. Alhamdulillah masjid yang didirikan memang penuh dengan ukiran dan barokah. Gambar lain dapat dilihat disini.

Selepas itu kami sempat memotret beberapa keping gambar di jalan-jalan berdekatan. Dalam fotografi jenis genre ini dipanggil "Street Photography" atau fotografi jalanan. saya sempat mengambil beberapa gambar rakan-rakan yang sedang khusyuk mengambil gambar. Gambar dapat dilihat disini.

Alhamdulillah selepas itu kami meneruskan perjalanan kami ke Ngadisari untuk bermalam di sana. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4-5 jam. Masing-masing kepenatan dan mengambil kesempatan untuk tidur semasa perjalanan. Sepanjang perjalanan, saya sedari bahawa seluruh pelusuk tanah memang digunakan seoptimum yang boleh oleh masyarakat di sana. Memang tidak kelihatan tanaha terbiar di sana kecuali tanah-tanah yang diwartakan oleh Pemerintah (Kerajaan)  Indonesia.

Insya allah saya akan sambung perjalanan ekspedisi kami di sana. Insaya allah ketemu kalian di EXPAT 2010 Bahagian 3...


Wednesday, April 14, 2010

EXPAT 2010...Bahagian 1


EXPAT
atau panjangnya Extraordinary Photo Adventure Travel adalah salah satu aktiviti yang diseliakan oleh ahli-ahli Luarbiasa Photography. Kali ini atau macam biasa, pengelola atau Ketuanya adalah Dr Jamal. Kali ini perjalanan ataupun ekspidisi mencari foto dilakukan di bahagian Jawa Timur, Indonesia. Ekspidisi kali ini berlangsung selama 7 hari bermula 22 Mac 2010-28 Mac 2010.
Perjalanan kali ini bermula dari LCCT ke Lapangan Terbang Juanda, Surabaya. Kami seramai 11 orang dari seluruh pelusuk semenanjung Malaysia berkumpul untuk menaiki pesawat AK552 Air Asia di LCCT. Pesawat dijangka berlepas pada pukul 1015 pagi waktu Malaysia. Perjalanan dalam pesawat mengambil masa kira-kira 2jam 40 minit. Alhamdulillah pesawat AK 552 selamat mendarat di Lapangan Terbang Juanda pada pukul 1155pagi waktu Indonesia.
Setelah segala urusan di lapangan terbang selesai, kami dijemput oleh pemandu pelancong kami yg amat luarbiasa iaitu Mas Kaboul dan Mas Ebenk. Kedua-duanya sangat peramah dan mesra. Kami dibawa menaiki bas mini keluar dari lapangan terbang menuju ke Restoran Bu Nuraini. Restoran ini memang menjadi kegemaran Dr Jamal dan Dr Ali. Untuk pertama kalinya saya menikmati bebek penyet di sini. Bebek ialah itik. Walaupun pernah memakan daging itik di rumah seorang sahabat dulu, bebek penyet ini agak berlainan sbb dagingnya seperti daging ayam. Sungguh enak nasi Bebek Penyet Bu Nuraini. Dan untuk pertama kalinya saya melihat Rojak Cigur disediakan.Memang istimewa penyediaan yang dilakukan sendiri oleh Bu Nuraini. Oh ya, rojak cigur adalah rojak hidung lembu..hehe..mmg istimewa. Tapi saya tidak merasainya sebab masih tidak dapat menerima hidung lembu di dalam mulutku ini. Seperti biasa, jika ke Indonesia, saya gemar minum air soga ria @ soda gembira. memang sedap.
setakat ini dulu cerita dari saya..Insya allah akan bersambung di bahagian ke-2..

P/S : Gambar-gambar dari lensa saya boleh dilihat di sini.

Wednesday, March 3, 2010

Minggu yang Luarbiasa...

assalamualaikum kembali memulakan bicara...

alhamdulillah segala pujian hanya kepada Allah...minggu lepas adalah minggu outing yang paling sukar dilupakan...bermula pada hari selasa, ke zoo melaka untuk menikmati keindahan fauna di sana...memang luarbiasa..

Paling sukar untuk dihilangkan dari memori diriku ini adalah pada hari jumaat pagi..seawal 5 pagi bergerak keluar ke sungai lembing bersama taufik, badri dan halim untuk 1 misi...MISI MENAWAN BUKIT PANORAMA...dalam keadaan kegelapan dan keheningan awal pagi kami memulakan pendakian bersama beberapa rakan dari geng-geng Luarbiasa menongkah anak tangga di Bukit Panorama...memang menguji tahap ketahanan fizikal dan mental diriku ini...walaupun diriku tiba lewat di atas puncak, tapi segala keperitan semasa mendaki hilang melihat keindahan matahari terbit ciptaan Allah. Segala pujian atas nikmat yang diberikan oleh-Nya kepada diriku.. di sana diriku sempat mengambil beberapa keping gambar sebagai bukti bahawa badan ini mampu sampai ke sana...hehe...



akan ku sambung perjalan fotografiku di entri akan datang...salam keamanan dariku buat dirimu...

Wassalam...

Wednesday, January 27, 2010

Salam Pemula Bicara

Assalamualaikum permulaan kata-kata...

Bismillahir ar-rahman ar-rahim....
Alhamdulillah dengan keizinan Allah S.W.T dapat saya memulakan blog ini. Mungkin ada yg tertanya mengapa tatkala zaman penulis-penulis blog berhadapan pelbagai konflik, saya memulakan blog ini.Saya tertarik dengan beberapa blog yang saya lawati, dan secara tidak langsung, pintu hati dan akal benak saya terpanggil untuk berkongsi sekadar yang mampu dari segi intelektual dan pengalaman hidup bersama rakan-rakan di luar sana.

Insya Allah blog ini akan saya jadikan wardah untuk meningkatkan diri saya dari segi intelektual, emosional dan spiritual bersama-sama rakan di luar sana..

Di dalam blog ini juga selain dari perbincangan mengenai Islam dan pengalaman hidup, saya gembira sekali untuk berkongsi bersama mengenai fotografi. Ini mungkin disebabkan minat yang mendalam terhadap fotografi turut mendorong saya untuk memulakan perjalanan sebagai penulis blog...

Semoga semua yang melawati blog saya akan mendapat manfaat bersama di samping berkongsi ilmu...Insya Allah...