Travel

Wednesday, April 14, 2010

EXPAT 2010...Bahagian 1


EXPAT
atau panjangnya Extraordinary Photo Adventure Travel adalah salah satu aktiviti yang diseliakan oleh ahli-ahli Luarbiasa Photography. Kali ini atau macam biasa, pengelola atau Ketuanya adalah Dr Jamal. Kali ini perjalanan ataupun ekspidisi mencari foto dilakukan di bahagian Jawa Timur, Indonesia. Ekspidisi kali ini berlangsung selama 7 hari bermula 22 Mac 2010-28 Mac 2010.
Perjalanan kali ini bermula dari LCCT ke Lapangan Terbang Juanda, Surabaya. Kami seramai 11 orang dari seluruh pelusuk semenanjung Malaysia berkumpul untuk menaiki pesawat AK552 Air Asia di LCCT. Pesawat dijangka berlepas pada pukul 1015 pagi waktu Malaysia. Perjalanan dalam pesawat mengambil masa kira-kira 2jam 40 minit. Alhamdulillah pesawat AK 552 selamat mendarat di Lapangan Terbang Juanda pada pukul 1155pagi waktu Indonesia.
Setelah segala urusan di lapangan terbang selesai, kami dijemput oleh pemandu pelancong kami yg amat luarbiasa iaitu Mas Kaboul dan Mas Ebenk. Kedua-duanya sangat peramah dan mesra. Kami dibawa menaiki bas mini keluar dari lapangan terbang menuju ke Restoran Bu Nuraini. Restoran ini memang menjadi kegemaran Dr Jamal dan Dr Ali. Untuk pertama kalinya saya menikmati bebek penyet di sini. Bebek ialah itik. Walaupun pernah memakan daging itik di rumah seorang sahabat dulu, bebek penyet ini agak berlainan sbb dagingnya seperti daging ayam. Sungguh enak nasi Bebek Penyet Bu Nuraini. Dan untuk pertama kalinya saya melihat Rojak Cigur disediakan.Memang istimewa penyediaan yang dilakukan sendiri oleh Bu Nuraini. Oh ya, rojak cigur adalah rojak hidung lembu..hehe..mmg istimewa. Tapi saya tidak merasainya sebab masih tidak dapat menerima hidung lembu di dalam mulutku ini. Seperti biasa, jika ke Indonesia, saya gemar minum air soga ria @ soda gembira. memang sedap.
setakat ini dulu cerita dari saya..Insya allah akan bersambung di bahagian ke-2..

P/S : Gambar-gambar dari lensa saya boleh dilihat di sini.

No comments:

Post a Comment