Travel

Saturday, April 17, 2010

EXPAT 2010..Bahagian 3....

Assalamualaikum dan selamat pagi...

Alhamdulillah saya diberi kesempatan untuk mencerikan perjalanan fotografi kami yang amat luarbiasa.Setelah lebih kurang 5-6 jam dalam perjalanan, kami sampai ke sebuah pekan di kaki bukit yang diberi nama Sukapura. Kami tiba ketika azan maghrib megah bergema dilaungkan di surau berhampiran. Di sini kami terpaksa menukar pengankutan kami dari bas mini kepada van kerana jalan ke destinasi seterusnya lebih curam dan sempit.Di Sukapura kami menikmati juadah makan malam di kedai makan yang terletak di stesen bas. Saya telah menikmati nasi pecel original di sini. Memang enak dan murah. Seterusnya perjalanan kami diteruskan dengan menaiki van ke sebuah hotel bernam Cemara Indah. Memang sejuk bila berada di kawasan ini. Menurut kata pemandu kami, Gunung Bromo boleh dilihat dari hotel penginapan kami. Memandangkan hari sudah gelap, kami tidak dapat melihat suasana indah Bromo malam itu. Ini gambar yang saya rakamkan pada pagi hari ke-3 perjalanan kami dari Cemara Indah.Banyak lagi gambar boleh dilihat  disini.


Keesokkan paginya, kami bergerak ke Taman Nasional Bromo-Semeru-Tengger dengan menaiki 3 buah pacuan 4 roda. Perjalanan kami ke sana memang menarik. Kami menuju ke Penanjakan untuk mengambil gambar matahari terbit. Kami tiba dipenanjakan sebelum masuk waktu subuh. Jadi, kami mengambil kesempatan untuk mengisi perut masing-masing di sebuah kedai makan di Penanjakan. Teh hangat memang sedap sekali dinikmati ketika berada di sini disebabkan suasan di Penanjakan amat sejuk. Setelah bersarapan kami menaiki anak-anak tangga untuk sampai ke tempat peninjau yang telah disediakan. Kami menunaikan solat subuh di sini. Setelah selesai, kami mengambil tempat masing-masing untuk mengambil gambar matahari terbit. Subhan Allah, memang cantik sekali matahari terbit pagi tu. Jaluran sinaran matahari jelas kelihatan di langit. Pelbagai warna dapat dilihat. Alhamdulillah cuaca elok dan kamu dapat mengambil suasana tersebut untuk tatapan kami sekembalinya ke tanah air.


Setelah cahaya matahari menyinari alam, kelihatan permandangan yang sungguh memukau.Kelihatan dengan jelas Gunug Bromo, Gunung Batok dan Gunung Semeru di bawah. Paling Indah apabila kelihatan ketiga-tiga gunung di kelilingi oleh lautan pasir.


 Subhan Allah, sungguh indah ciptaan-Nya. Banyak lagi dapat dilihat disini. Setakat ini dulu cerita saya dari Penanjakan di Bromo. Insya allah akan bersambung lagi...Jumpa kalian di Bahagian 4 pengembaraaan kami ke Pulau Jawa, Indonesia.

1 comment: