Assalamualaikum dan Salam Kembali...
Segala kemaafan dipinta sekiranya entri kali ini amat lambat sekali diterbitkan. Halangan kerja dan urusan peribadi memendekkan langkahku untuk menulis. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk mengemaskini perjalanan kami di Pulau Jawa sekitar bulan Mac yang lalu.
Keindahan alam di Bromo diteruskan pada hari kedua perjalanan ataupun ekspidisi foto kami di sana. Setelah selesai menunaikan solat subuh, kami bergerak ke bukit berhampiran dengan menyewa beberapa buah motosikal yang dimiliki oleh penduduk kampung berdekatan. Di sini perkhidmatan ini dipanggil "Ojek". Kami menaiki ojek ke bukit berdekatan untuk mengambil gambar matahari terbit. Alhamdulillah kami sempat merakamkan pemandangan indah Bromo-Semeru- Batur dikala mentari menyinar di pagi hari.
Gambar di sebelah ini menunjukkan cahaya mentari menyinari Cemoro Lawang. Untuk mendapatkan gambar seperti ini, perjalanan ke kaki bukit dengan menaiki ojek lebih kurang 10 minit dari tempat penginapan kami.
Gambar di sebelah pula adalah panorama Bromo-Semeru- Batur dari kaki bukit di Cemoro Lawang. Sungguh indah panorama pagi itu. Suasana yang nyaman lagi indah dijamu pula dengan pemandangan yang amat luarbiasa sukar dilupakan.
Dan gambar terakhir Bromo-Semeru- Batur ini pula diambil di kaki lima hotel penginapan kami di Cemoro Lawang.
Seterusnya kami meninggalkan Bromo untuk menuju ke salah satu keajaiban alam ciptaaan Allah S.W.T iaitu di air terjun Mardakaripura. Ketika kami sampai di sana, hujan turun renyai-renyai menyambut kami. segala peralatan kami telah terbungkus didalam baju hutan masing-masing. Di sini juga saya sekali lagi kagum dengan keindahan alam ciptaan-Nya. Sepanjang hidup tidak pernah saya melihat air terjun sebegini rupa, amat berbeda sekali dengan air terjun yang pernah saya lawati di Malaysia. Ia seperti kami berada di celah-celah antara dua bukit yang kanan dan kiri merupakan air terjun. Sungguh indah dan nyaman sekali. Perjalanan untuk ke hujung Air Terjun Mardakaripura mengambil masa kira-kira 30 minit. Di sini saya kongsikan beberapa keping gambar yang saya sempat ambil di sana.
Dalam foto ini kelihatan ait terjun mengalir dari atas bukit. Untuk pengetahuan semua, di belakang saya berdiri adalah dinding-dinding bukit seperti dalam foto. Kira jalan mati. Untuk masuk ke kawasan ini boleh melalui kawasan sebelah kiri foto.
Setelah selesai merakamkan beberapa keping gambar, kami bergerak ke Kawah Ijen. Insya Allah saya akan kongsikan pengalaman kami di Ijen.
Silalah lawati gambar-gambar pengembaraan kami di sana. Anda boleh melihat gambar-gambar yang saya sendiri ambil di SINI.
Jumpa lagi di entri akan datang, salam satu Palestin dari saya...
Assalamualaikum..
coretan dan hasil fotografi yang amat menarik. teruskan berkarya melalui pena & kamera duhai sahabat.
ReplyDeleteGood..salam satu palestin.macam kenal je haha.
ReplyDeletesalam satu palestine. :)
ReplyDelete