Travel

Thursday, April 15, 2010

EXPAT 2010..Bahagian 2..

Assalamualaikum kembali berbicara..

Sambungan dari perjalan fotografi kami di Jawa Timur (JATIM), Indonesia. Setelah selesai menikmati bebek penyet di Restoran Bu Nuraini, kami menunaikan tuntutan agama iaitu mendirikan solat berjemaah di sebuah masjid berdekatan. Nama masjid tersebut adalah Masjid Jame Sedati Gede. Masjid ini sungguh unik. Walaupun masih dalam pembinaan, ruang solat sudah boleh digunakan untuk beribadah. Memang begini tradisi masyarakat di sini. Uniknya seni reka dalam masjid ini memukau kami. Saya tertarik dengan mural di dalam kubah masjid ini.lukisan awan-awan serta berlatar belakangkan langit berwarna biru mencantikkan dan membuatkan kami kagum. Gambar kubah boleh dilihat disini. Sungguh indah, tetapi ini hanya lukisan semata-mata, jauh dari kehebatan kuasa Allah yang mencipta langit yang benar-benar indah.

Di masjid ini juga kami sempat merakamkan beberapa keping gambar. salah satu yang menarik perhatian saya ialah bagaimana 2 orang pekerja berehat sambil memungut derma dari orang ramai. Mereka duduk diatas bangku di tengah-tengah jalan raya. Memang menjadi cara mereka mengutip derma untuk membina masjid begini..sungguh unik. Sesungguhnya memang suasana begini tidak akan kami lihat di Malaysia. Alhamdulillah masjid yang didirikan memang penuh dengan ukiran dan barokah. Gambar lain dapat dilihat disini.

Selepas itu kami sempat memotret beberapa keping gambar di jalan-jalan berdekatan. Dalam fotografi jenis genre ini dipanggil "Street Photography" atau fotografi jalanan. saya sempat mengambil beberapa gambar rakan-rakan yang sedang khusyuk mengambil gambar. Gambar dapat dilihat disini.

Alhamdulillah selepas itu kami meneruskan perjalanan kami ke Ngadisari untuk bermalam di sana. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4-5 jam. Masing-masing kepenatan dan mengambil kesempatan untuk tidur semasa perjalanan. Sepanjang perjalanan, saya sedari bahawa seluruh pelusuk tanah memang digunakan seoptimum yang boleh oleh masyarakat di sana. Memang tidak kelihatan tanaha terbiar di sana kecuali tanah-tanah yang diwartakan oleh Pemerintah (Kerajaan)  Indonesia.

Insya allah saya akan sambung perjalanan ekspedisi kami di sana. Insaya allah ketemu kalian di EXPAT 2010 Bahagian 3...


No comments:

Post a Comment