Travel

Friday, June 7, 2013

Live Your Life


Live Your Life
Originally uploaded by shahreen | amri

Monday, May 23, 2011

Nur Kasih..Antara Cerita dan Realiti...

Assalamualaikum...

      Tatkala malam semakin kelam, minda dan jari-jemariku ligat dan tangkas untuk menungkil sedikit cetusan minda untuk dikongsi bersama rakan-rakan. Ketika ini, negara kita sedang dipukul lagi oleh kemunculan filem cinta yang mana sirinya menjadi banyak inspirasi bagi mereka-mereka yang sedang berada di alam percintaan. Tidak dapat dinafikan lagi kisah cinta antara Adam dan Nur Amina menjadi topik perbualan di mana-mana. Menjadi status 'facebook' kepada sahabat-sahabat di luar sana. Memang tidak dapat disangkal lagi kesan cerita NurKasih memang ketara ketika ini.
       Antara yang menarik dalam NurKasih (Versi Bersiri) adalah cara pengolahan cerita dan cinematografinya membuatkan saya lekat didepan kaca televisyen ketika itu. Sebagai mereka yang meminati fotografi, anda akan seharusnya mengambil kesempatan dengan melihat komposisi penggambaran cerita ini. Saya amat tertarik dengan komposisi-komposisi yang mana saya dapati amat menarik dan berjaya membuatkan siri ini lain dari siri-siri cerita melayu yang pernah saya tonton. Terdapat banyak teknik-teknik komposisi seperti 'Rule of Third','Leading Line', 'Framing', 'Pattern' dan pelbagai lagi.
      Selain menikmati pemandangan yang cantik lagi mendamaikan, sound efek didalam cerita ini memang menambahkan keasyikan untuk meneruskan menyaksikan cerita ini. Lagu latar yang sesuai dan tepat pada waktunya membangkitkan suasana ketika itu. Lagu-lagu yang dimainkan dalam drama ini memang membuatkan drama ini lebih kukuh dan menarik.
      Tidak dapat dinafikan antara yang terpenting dalam siri ini adalah pengajaran dan gaya hidup Islam yang menunjukkan bahawa Islam itu indah dan sempurna. Percintaan yang mendapat berkat dan redha dari IbuBapa akan mendapat keredhaan Allah. Perkahwinan yang berlandaskan tatacara Islam adalah yang terbaik. Banyak pengajaran yang boleh kita ambil dari siri ini. Maka dengan itu, marilah kita menjadi manusia yang kenal apa itu erti Islam dan hidup berlandaskan ajaran Islam. Selain itu drama ini turut mengajar remaja dan muda-mudi tetang cara terbaik dalam bermuamalat dengan jantina yang berbeza.
     Setakat ini dapat saya kongsi bersama sahabat-sahabat sekalian, Insya Allah setelah saya menonton movie NurKasih, saya akan beri sedikit pendapat saya mengenai movie tersebut dari aspek fotografi, islamisasi dan emosi. Insya Allah.
     Berjumpa lagi di entri akan datang. Selamat Malam..

Wednesday, November 10, 2010

Ziarah-menziarahi amalan mulia...

“Ape plan ko hujung minggu raya qurban nih?”

“Kita start area mane tahun nih?”

“Rumah cikgu mane yang kita nak pergi nanti?”

“Dah telefon ke tuan rumah yang kita nak pegi nanti?”

Itu la soalan-soalan yang selalu kedengaran bila tiba syawal mahupun raya qurban semasa aku begelar seorang pelajar di MML dulu..Memang sudah menjadi soalan wajib keluar setiap kali perayaan bakal menjelma..itulah program utama kami..Amalan ZIARAH sentiasa akan dilakukan tiap kali perayaan Aidil-Adha mahupun Aidil-Adha menjelma..Biasanya setiap hujung minggu kami memulakan aktiviti ini..Dengan hanya menggunakan kenderaan beroda dua dan berenjin 1 kami meredah panas terik semata-mata untuk pergi beraya di umah cikgu-cikgu dan rakan-rakan.

Setiap hujung minggu dibahagi kepada kawasan-kawasan tertentu..Dalam lingkungan perjalanan 30 minit dan radius lebih kurang 20 kilometer kami akan tempuhi..Walaupun semua menaiki motosikal dan lebih tragis ada yang sudah buruk, semangat utk sampai ke rumah cikgu-cikgu dan rakan-rakan ibarat disuntik oleh dopamin dan adrenalin..Sungguh bersemangat…

Aktiviti ziarah biasanya bermula seawal 10 pagi, dimulakan dengan berkumpul di kawasan-kawasan yang berkaitan (macam kutu tepi jalan pun ada sekali imbas)..lepas cukup bilangan peserta, gerombolan kami bergerak ibarat semut ke destinasi yang ditujui..macam-macam gelagat ada..Yang tidak berhelmet akan berserban..Aktiviti ini biasanya berakhir sekitar jam 5 petang…

Paling utama ziarah ini kami buat adalah utk pergi ke rumah cikgu-cikgu…Seperti maklum bila tiba musim perayaan, di mana anak-anak murid yang nakal hendak minta maaf…Paling penting makanan yang dihidangkan enak-enak belaka..

Itu cume cerita dulu..sekarang masing-masing ada urusan masing-masing.. Insya allah aidilfitri 2011 menjelma kelak, reunion batch akan diadakan secara besar-besaran..Semua ahli-ahli ex-mml spm 2001 akan berkumpul untuk berjumpa setelah 10 tahun berpisah…Macam-macam akan berlaku, yang sudah berkeluarga akan membawa pemaisuri hati masing-masing dan cahaya mata yg comel-comel..Yang bujang akan datang dengan penuh kelapangan..tapi yg penting, ukhwah yang terbina selama 6 tahun di MML akan terjalin selamaya..

ukwwah fillah abadan abada….

Monday, October 11, 2010

Adakah aku seorang Sahabat Sejati?...

Assalamualaikum....

Entri kali ini agak berbeza dengan entri-entri sebelum ini. Kali ini saya terpanggil untuk berkongsi cerita mengenai erti kata "sahabat". Sahabat atau kawan dan sering kali dipanggil rakan adalah seorang teman yang kita kenali yang mana dia tidak ada pertalian darah dengan kita. Ada pepatah mengatakan " BerKAWAN biar seribu", " KAWAN ibarat cermin pada diri anda". Sesungguhnya pepatah-pepatah melayu memnag banyak mengenai rakan.

Namun begitu, adakah kita sedar, yang manakah atau adakah kita layak menggelarkan diri kita sebagai seorang rakan kepada sahabat kita?...Adakah kita menjalankan tugasan dan tanggungjawab kita sebagai seorang rakan kepada sahabat kita?... 

Sesungguhnya tidak beriman sesorang itu sehingga dia mengasihi sahabatnya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri. Dalam sirah jelas terpampang banyak contoh seorang sahabat sejati yang patut kita contohi. Kisah bagaimana Saidina Abu Bakr R.A menemani Rasulullah S.A.W amat menyentuh jiwa dan hati kita. Pengorbanan seorang sahabat ketika menemani Rasulullah S.A.W berhijrah dari kota Makkah ke Kota bercahaya yakni Madinah Al-Munawwarah harus kita contohi dan terapkan dalam jiwa sanubari kita sebagai seorang muslim.

Memang sukar untuk mencari seorang sahabat sejati, tetapi amat mudah untuk kita tahu adakah sahabat-sahabat kita yang berada di sekeliling kita kini adalah sahabat sejati. Namun begitu, perkara paling penting adalah menilai diri kita ini adakah kita layak digelar seorang sahabat sejati kepada rakan-rakan kita.

Orang selalu berkata " Kawan ketawa memang senang dicari, tetapi kawan menangis memang susah untuk ditemui". Adakah kita hanya berdamping dengan kawan kita ketika dia berada dalam senang dan gembira? Dan buat-buat tidak peduli ketika dia meminta pertolongan dari kita ataupun ketika dia berada dalam kesempitan?..Dan adalah sesuatu yang amat keji lagi jijik jika kita bersahabat dengan dia semata-mata kerana kita inginkan sesuatu dari dia?...Keikhlasan dalam persahabatan dapat kita lihat terutama jika kita berada dalam kesusahan ataupun ditimpa musibah. Jika kita tidak mampu menolong sahabat kita, apakah yang kita buat?...Bagi saya selagi kita mampu, kita hulurkan bantuan kepada sahabat kita, dan jika tidak mampu sekalipun, kita dengarlah masalah tersebut dan berikan semangat dan sokongan moral kepada sahabat kita. Insya Allah serba sedikit ia mampu meringankan beban sahabat kita yang ditimpa musibah itu. 

Selain itu, adakah kita menjadi seorang sahabat yang memberikan kebaikan kepada sahabat kita?..Atau kita yang menjadi punca ataupun agen syaitan laknattuAllah dengan mengajak sahabat-sahabat kita ke jalan kemungkaran?...

Marilah kita sama-sama menjadi seorang manusia yang mana layak dipanggil sebagai sabahat sejati oleh rakan-rakan kita. Marilah kita bersama-sama berusaha untuk mendapatkan rahmat dari Allah. Semoga persahabatan yang kita jalinkan mendapat barakah dari Allah....Ukhwah fillah abadan abada....

Assalamualaikum dan renung-renungkanlah wahai sahabat....