Assalamualaikum...
Tatkala malam semakin kelam, minda dan jari-jemariku ligat dan tangkas untuk menungkil sedikit cetusan minda untuk dikongsi bersama rakan-rakan. Ketika ini, negara kita sedang dipukul lagi oleh kemunculan filem cinta yang mana sirinya menjadi banyak inspirasi bagi mereka-mereka yang sedang berada di alam percintaan. Tidak dapat dinafikan lagi kisah cinta antara Adam dan Nur Amina menjadi topik perbualan di mana-mana. Menjadi status 'facebook' kepada sahabat-sahabat di luar sana. Memang tidak dapat disangkal lagi kesan cerita NurKasih memang ketara ketika ini.
Antara yang menarik dalam NurKasih (Versi Bersiri) adalah cara pengolahan cerita dan cinematografinya membuatkan saya lekat didepan kaca televisyen ketika itu. Sebagai mereka yang meminati fotografi, anda akan seharusnya mengambil kesempatan dengan melihat komposisi penggambaran cerita ini. Saya amat tertarik dengan komposisi-komposisi yang mana saya dapati amat menarik dan berjaya membuatkan siri ini lain dari siri-siri cerita melayu yang pernah saya tonton. Terdapat banyak teknik-teknik komposisi seperti 'Rule of Third','Leading Line', 'Framing', 'Pattern' dan pelbagai lagi.
Selain menikmati pemandangan yang cantik lagi mendamaikan, sound efek didalam cerita ini memang menambahkan keasyikan untuk meneruskan menyaksikan cerita ini. Lagu latar yang sesuai dan tepat pada waktunya membangkitkan suasana ketika itu. Lagu-lagu yang dimainkan dalam drama ini memang membuatkan drama ini lebih kukuh dan menarik.
Tidak dapat dinafikan antara yang terpenting dalam siri ini adalah pengajaran dan gaya hidup Islam yang menunjukkan bahawa Islam itu indah dan sempurna. Percintaan yang mendapat berkat dan redha dari IbuBapa akan mendapat keredhaan Allah. Perkahwinan yang berlandaskan tatacara Islam adalah yang terbaik. Banyak pengajaran yang boleh kita ambil dari siri ini. Maka dengan itu, marilah kita menjadi manusia yang kenal apa itu erti Islam dan hidup berlandaskan ajaran Islam. Selain itu drama ini turut mengajar remaja dan muda-mudi tetang cara terbaik dalam bermuamalat dengan jantina yang berbeza.
Setakat ini dapat saya kongsi bersama sahabat-sahabat sekalian, Insya Allah setelah saya menonton movie NurKasih, saya akan beri sedikit pendapat saya mengenai movie tersebut dari aspek fotografi, islamisasi dan emosi. Insya Allah.
Berjumpa lagi di entri akan datang. Selamat Malam..