Entri kali ini agak berbeza dengan entri-entri sebelum ini. Kali ini saya terpanggil untuk berkongsi cerita mengenai erti kata "sahabat". Sahabat atau kawan dan sering kali dipanggil rakan adalah seorang teman yang kita kenali yang mana dia tidak ada pertalian darah dengan kita. Ada pepatah mengatakan " BerKAWAN biar seribu", " KAWAN ibarat cermin pada diri anda". Sesungguhnya pepatah-pepatah melayu memnag banyak mengenai rakan.
Namun begitu, adakah kita sedar, yang manakah atau adakah kita layak menggelarkan diri kita sebagai seorang rakan kepada sahabat kita?...Adakah kita menjalankan tugasan dan tanggungjawab kita sebagai seorang rakan kepada sahabat kita?...
Sesungguhnya tidak beriman sesorang itu sehingga dia mengasihi sahabatnya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri. Dalam sirah jelas terpampang banyak contoh seorang sahabat sejati yang patut kita contohi. Kisah bagaimana Saidina Abu Bakr R.A menemani Rasulullah S.A.W amat menyentuh jiwa dan hati kita. Pengorbanan seorang sahabat ketika menemani Rasulullah S.A.W berhijrah dari kota Makkah ke Kota bercahaya yakni Madinah Al-Munawwarah harus kita contohi dan terapkan dalam jiwa sanubari kita sebagai seorang muslim.
Memang sukar untuk mencari seorang sahabat sejati, tetapi amat mudah untuk kita tahu adakah sahabat-sahabat kita yang berada di sekeliling kita kini adalah sahabat sejati. Namun begitu, perkara paling penting adalah menilai diri kita ini adakah kita layak digelar seorang sahabat sejati kepada rakan-rakan kita.
Orang selalu berkata " Kawan ketawa memang senang dicari, tetapi kawan menangis memang susah untuk ditemui". Adakah kita hanya berdamping dengan kawan kita ketika dia berada dalam senang dan gembira? Dan buat-buat tidak peduli ketika dia meminta pertolongan dari kita ataupun ketika dia berada dalam kesempitan?..Dan adalah sesuatu yang amat keji lagi jijik jika kita bersahabat dengan dia semata-mata kerana kita inginkan sesuatu dari dia?...Keikhlasan dalam persahabatan dapat kita lihat terutama jika kita berada dalam kesusahan ataupun ditimpa musibah. Jika kita tidak mampu menolong sahabat kita, apakah yang kita buat?...Bagi saya selagi kita mampu, kita hulurkan bantuan kepada sahabat kita, dan jika tidak mampu sekalipun, kita dengarlah masalah tersebut dan berikan semangat dan sokongan moral kepada sahabat kita. Insya Allah serba sedikit ia mampu meringankan beban sahabat kita yang ditimpa musibah itu.
Selain itu, adakah kita menjadi seorang sahabat yang memberikan kebaikan kepada sahabat kita?..Atau kita yang menjadi punca ataupun agen syaitan laknattuAllah dengan mengajak sahabat-sahabat kita ke jalan kemungkaran?...
Marilah kita sama-sama menjadi seorang manusia yang mana layak dipanggil sebagai sabahat sejati oleh rakan-rakan kita. Marilah kita bersama-sama berusaha untuk mendapatkan rahmat dari Allah. Semoga persahabatan yang kita jalinkan mendapat barakah dari Allah....Ukhwah fillah abadan abada....
Assalamualaikum dan renung-renungkanlah wahai sahabat....